Thursday, February 23, 2017

MASJID PUSAT KOMUNITI

Assalamualaikum
Seperti yang termaklum bahawa nabi Muhammad SAW telah mendirikan masjid sebagai langkah awal setelah baginda berhijrah ke Madinah. Fungsi masjid dirumuskan sebagai Pusat Komuniti, atau markas pembangunan masyarakat.
Mereka berkumpul untuk mendirikan solat yang wajib secara berjamaah. Ini mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan mereka.
Disini baginda memberi arahan, mengajar dan mendidik umah.
Disini juga baginda bertemu pelawat dari luar dan menyampaikan dakwah.
Maklumat perkembangan anggota masyarakat tentang keperluan dan hal kebajikan di sampaikan di sini untuk tindakan selanjutnya.
Setelah masyarakat dan negara berkembang, banyak fungsi masjid telah dikhususkan kepada beberapa bidang pentadbiran dengan tujuan mencapai kecemerlangan.. Namun jika tidak dihayati kesepaduan matlamat dari bidang bidang tersebut akan membawa risiko kepada sekularisasi. Tambahan pula jika pimpinan setiap bidang itu punya halatuju dan matlamat sendiri yang tidak diselaras oleh pimpinan tertinggi.
Ini lah cabaran kita pada hari ini, iaitu bagaimana mempastikan institusi masjid tetap relevan sebagai pusat komuniti dan pembangunan umah.

isemaail1@gmail.com
23022017/ 26JmAwal 1438

Saturday, November 29, 2014

PELUANG TUNAI HAJI

Assalamualaikum
Pada tahun 1435h bersamaan 2014m saya telah diberi peluang untuk menunaikan haji . Peluang ini ditawar oleh kedutaan Saudi Arabia . Saya termasuk 66 orang yang ditawarkan peluang ini dari seluruh Malaysia.
Walaupun jadual kunjungan diberitahu  singkat iaitu seminggu sahaja dan tempoh kunjungan hanya 12 hari ( 29/9/2014 - 12/10/2014) namun ia adalah satu nikmat yang sangat besar dalam sejarah hidup saya.
Dalam masa yang singkat ini saya dapat menunaikan umrah , menunaikan haji secara kaedah tamattu' dan ziarah masjid nabi dan beberapa tempat bersejarah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mentakdirkan kunjungan ini untuk saya.
Walau pun saya pernah pergi menunaikan haji pada tahun 1988 lalu bersama keluarga ketika berkhidmat dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Isam Malaysia (YAPEIM), namun kunjungan ini saya merasa lebih bermakna lagi. Antara faktur kelebihan kunjungan pada kali ini adalah seperti berikut;

  1. Saya menunaikannya ketika saya sudah berumur 61 tahun , umur tua yang mana agak sukar untuk mendapat peluang serupa lagi.
  2. Saya pergi seorang tidak dengan keluarga, maka saya lebih selesa dan bebas menjalankan apa sahaja amalan tanpa bertanggungjawab menjaga keluarga.
  3. Tumpuan pemikiran dan fokas kepada ibadat memberi peluang kepada saya untuk beriktikaf di masjid dengan lebih lama, sambil membaca alquran, berfikir dan berzikir.
  4. Saya merasai kesan kepada perubahan sikap, sifat dan perangai tabiat saya kepada yang lebih baik lagi.
  5. Saya dapat merakam beberapa tazkirah video dan dimuatkan melalui u tube untuk kenangan sendiri dan mungkin ada munafaatnya untuk yang mendengarnya.
  6. Saya merasa doa saya dimaqbul Allah dengan merasai kesan kebaikan dan kelebihan kesan baik yang terjadi sekembalinya saya ke tanah air .
Saya lebih merasa bantuan dan pertolongan Allah dalam urusan seharian terutama dalam mengurus sebuah badan dakwah, Jamiyah Dakwah Islamiah di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Koperasi Jamiyah Kuala Lumpur Berhad, dan lain lain urusan busines yang sedang dalam perancangan.

Sekali lagi dan sewajarnya saya sentiasa bersyukur atas nikmat yangdikurnia Allah kepada saya. Saya berdoa mudahan nikmat iman dan Islam ini akan saya pegang hingga ke akhir hayat dengan syahadat tauhid di akhir nafas dan menemui Allah dalam keampunan dan keredhaanNya.
isemaail1@gmail.com 30.11.2014.

Monday, October 10, 2011

Ziarah ada faedahnya




Hidup  itu kembara.Memang ada faedahnya . Tambah pula jika kita sentiasa mengambil iktibar dari beberapa kegiatan yang kita lakukan dan orang yang kita temui.Cuba kita ikuti kesah kembaraku ini.

 “Kalau atok pi pantai lagi. Amat nak ikut, mesti bawak Amat tau” Rungut Amat pada kakaknya, Ameerah, selepas mendengar pelbagai kisah seronok kakaknya ketika bercuti bersama atok ke Cherating, Kuantan Julai lalu. Apa tidaknya dia ternganga menggambarkan keseronokan bermain pasir di tepi pantai Cherating di belakang Legend Hotel, yang luas dan indah dengan deruan ombak memukul pantai pasir yang kuning putih bersih. Lepas itu mandi berkubang pula di kolam mandi bersama Ain dan Nana, dua emak saudara yang melayan penuh kehendaknya. Amat, nama sebenarnya Muhd Balya Mahdi bin Farizan berusia tiga tahun cucu kedua dari tiga cucu yang ada dari anak kedua saya Nurfahdilah tak akan melepaskan peluang kali ini bila mendengar ura ura atok akan bercuti ke tempat yang sama.
Pada hari kami nak bertolak iaitu hamis 29 Sept 2011, ibunya menghantar Amat dan Ameerah pagi-pagi lagi ke rumah atok di Taman Berlian, Gombak yang jauhnya hanya kira kira lima belas minit dengan menaiki kereta dari rumahnya di Taman Changkat Desa sebelum bertolak ke tempat kerjanya di TNB Jalan Kepong. Mereka baru saja berpindah ke rumah baru ini kerana sebelum ini mereka tinggal bersama kami semenjak mendirikan rumah tangga enam tahun lalu. Ibunya membekalkan dua beg plastic penuh berisi pakaian termasuk napkin untuk Amat. Ameerah berbekal lebih lengkap dengan beg telekong, alat menghias diri wanita seperti bedak, sikat, ikat rambut dan lain-lain. Dia tahu perkakas ini kerana selalu meminta lipstick sendiri apabila melihat neneknya Fatimah melesek lipstick jenama Ana Edar atau Nutrimetic ke bibirnya. Bagi Amat pula, kalau boleh semua alat yang dia teringat untuk digunakan semasa bermain nanti nak di bawa bersama.
 Ini termasuk bola besar,senapang kotak buatan atok sendiri, patung upin upin, reket badminton, hingga kolam plastic pun dia suruh kita bawa. Sekejap-sekejap Amat bertanya” Bila nak bertolak atok, bila nak bertolak nenek”
Betul juga nasihat guru pengurusan, kalau nak maksimakan penggunaan masa, andaikan hari ini adalah hari terakhir kata berada di sini dan esok kita akan mula mengembara. Buatkan catatan senarai perkara yang outstanding, yang belum selesai dan catitkan apa yang patut dibawa. Kemudian mula bertindak mengikut senarai itu ikut keutamaan dan tandakan jika telah selesai. Sebelum tidur, catit lagi apa pula yang nak dilakukan esok hari. Ini adalah untuk mempastikan kita tidak tertinggal  atau terlupa untuk melakukan sesuatu tugas atau urusan penting untuk diri dan orang lain, supaya nanti bila kita sudah pergi mereka yang berurusan dengan kita tidak lagi tertanya tanya atau menghubungi kita bertanyakan hal itu sedang kita pula sukar untuk melaksanakannya kerana sudah berada di tempat lain. Kalau cara pengurusan ni di amalkan oleh orang kita , agaknya orang Melayu ni ramai yang jadi baik, kuat ugama dan maju di tanahair ni dalam banyak bidang ekonomi.
Neneknya walau pun dah bersara setahun dari menjadi guru selama tiga puluh tahun di dua buah sekolah menengah, namun agak sibuk dengan urusan sehariannya. Ada saja mini projek baru untuk mengemaskan rumah. Maklumlah penghujung bulan November nanti akan menerima dua menantu sekaligus, iaitu Fazali yang akan menjadi suami Nursakinah dan Mursyidah yang akan menjadi isteri Najmi. Lepas tu nanti tinggal Ain saja yang belum berumahtangga.Dia tengah praktikal di TM Net setelah tamat masscom dari ITM. Isteri saya dah penat mengemas rumah yang masih berselerak kerana menukar lantai kayu paque yang dah banyak tertanggal dan ada yang dah reput. Rumah yang kami diami sejak dua puluh tiga tahun ni saya beli dengan pinjaman dari majikan kedua, iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Itupun setelah Lembaga Pemegang Amanah meluluskan skim perkhidmatan yang membenarkan saya mengambil pinjaman perumahan maksima RM190,000. Rumah tu memang berharga sebanyak itu dan tak perlu sediakan depositpun. Mujurlah ada rezeki memiliki rumah atas tanah (landed property) sekitar Kuala Lumpur. Sekarang ini mungkin memerlukan hingga setengah juta ringgit untuk membeli rumah seperti itu di Kuala Lumpur. Kondominium Banjaria yang terletak kira-kira lima ratus meter itu pun sewaktu diiklankan dahulu berharga lebih RM180,000 dan harganya melonjak naik sehingga lebih RM200,000.00 apabila telah siap sepenuhnya dan masih belum diduduki. Bertambahlah jem sekitar Gombak Batu Cave ni,apabila penghuni baru memasuki kondo tu tak payah  tunggu musim Thaipusam lagi.
Walaupun janji awal nak bertolak lepas asar kerana Nana perlu pergi ke klinik kerajaan di Gombak Setia terlebih dahulu. Nana pergi klinek awal dah dari appointment time, tapi lama juga nak menunggu giliran. Ramai orang pergi ke klinik kerajaan kerana murah atau percuma. Cuma bayar dua ringgit pendaftaran saja. Kalau pergi  klinik swasta kurang kurang mesti bawa lima puluh ringgit.Dah lepas cek doctor dan ambil ubat, tak boleh keluar pulak kerana ada sebuah kereta blok laluan. Akhirnya dia dapat idea macamana nak cari tuan punya kereta iaitu dengan menulis pada kertas nombor plat kereta tu dan tunjukkan pada makcik makcik yang sedang menunggu giliran tu. Ada mak cik yang tak tahu baca terpinga pinga bila di tunjukkan kertas plat kereta tu.Takkan nak jerit macam panggil nombor giliran jumpa doktor pulak.
 Patutlah Dr Rupee dan isteri, jiran saya tu menjadi senang  kerana mengusahakan klinik di Sri Gombak. Dia beli rumah dari jiran saya Encik Rosli yang mana  waktu tu baru RM330,000 dan dia dapat  beli pula  tanah lot hujung tepi rumahnya yang masih kosong dari pemaju. Saya rasa nilai tanah tupun mencecah setengah juta ringgit. Patutlah berebut rebut penuntut kita memohon bidang perubatan untuk menjadi doktor, terutama dari kaum India dan Cina yang tidak terlalu berharap untuk bekerja dengan kerajaan bila tamat belajar nanti.Ada yang berduit menghantar anak mereka belajar perubatan di India, ukrin dan Indonesia dan banyak lagi tempat belajar di luar negeri. Kadang kadang tak kesah sama ada diiktiraf oleh kerajaan atau tidak. Isteri saya selalu melahirkan rasa hairannya kenapa ramai pelajar nak jadi doktor perubatan. Katanya  belajar tu susah, kena berani dan biasakan dengan melihat darah dan kotoran, kerja nanti dah lah tak tentu masa. Ada on call lagi, macam takde rehat langsung. Dimana seronok dan glamournya. Saya kata” Awak  tu memang tak boleh tengok darah,  benda benda jijik dan pelik, selalu geli geleman macam kena histeria. Memanglah kerja doktor tu tak sesuai untuk orang macam awak tu”. Tapi ramai ibu bapa yang menyanjung tinggi kerjaya kedoktoran kerana masa depan dan peluang kerjanya agak terjamin. Kerajaan selalu mengatakan bilangan doktor di luar bandar masih kekurangan, jadi ibu bapa merasa anak mereka tidak akan menganggur lepas belajar nanti. Lain pula halnya dengan pelajar lepasan universiti dari berbagai jurusan lain yang keluar setiap tahun hampir 300,000 setahun bersaing di pasaran kerja. Ini memang menjadi bebanan kerajaan. Macam macam usaha telah dilaksanakan untuk membuka peluang baru dalam pekerjaan bagi menurunkan kadar pengangguran ketahap minima.
Saya terpaksa menenangkan dua cucu yang tak sabar sabar lagi nak berangkat dengan bermain main bola kempes dalam pagar sambil menunggu nenek dan Nana bersiap. Saya fahamlah orang perempuan memang selalu memerlukan masa untuk bersiap dan menghias diri, walaupun untuk ke majlis yang ringkas hatta ke rumah orang kematian. Tambah lagi kalau menyediakan   bekalan untuk perjalanan bermalam. “Macam nak pergi setahun je” Kata nenek bila memasukkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta Hondacity saya. Baru dia tahu betapa ditilnya orang perempuan bersiap kalau nak  pergi ke mana mana. Kalau orang lelaki senang  dan ringkas saja. Agaknya banyak perkara lain yang difikirkan dan urusan bekalan tidak menjadi keutamaan sangat. Sebab tu lah akibatnya kadang kadang ada saja yang terlupa dan tertinggal dan hanya teringat dalam perjalanan.
Kerana keletihan bermain tanpa tidor, Amat dan Ameerah cepat saja tertidur sebaik saja masuk kereta. Tambahan pula dalam kereta tidak banyak pergerakan dapat dibuat dan kena sejuk aircond.  Amat tidur tersungkur kepala kebawah. Kadang kadang dalam kereta dia boleh tidur sambil berdiri dan bersandar saja. Agaknya bila dah mengantok sangat tak kira tempat dan kedudukan lagi terus terlena. Jangankan budak budak, driver pun kadang kadang terlelap dua tiga second masa memandu. Tambah pulak melalui highway yang sangat lurus .
Tengah jalan mereka dah terjaga dari tidor . Tetapi waktu itu hari dah gelap. Walaupun perjalanan ke Kuantan tidak lah lama, tambahan dengan adanya highway baru yang sangat lurus. Maka tidak ada apa apa pemandangn yang menarik untuk diceritakan oleh Nana kepada mereka.   Amat mula bersungut.”Amat nak tidor rumah Changkat Desa lah . Atok, Amat nak balek lah”. Nana jawab menenangkan.” Tak boleh patah balek. Kita dah nak sampai hotel. Hotel cantek, nanti amat boleh mandi kolam”
Selepas check in kami terus menuju ke sebuah restoran tepi pantai katanya ada ikan bakar. Tapi kami makan ringkas saja dengan nasi goring, mi goring, dan sup tom yam  sambil mendengar deruan ombak di pantai. Masa nak bayar kami dengar lagu Hindustan, dari filem sanggam. Saya ikut ikut menyanyi lagu itu kerana masih ingat senikatanya walaupun tak faham . Sanggam adalah filem popular tahun 60an. Dulu saya tak ketinggalan meminati filem filem Hindustan semasa belajar di sekolah Izuddin Shah di Ipoh.Tambah pula ada tiket murah cheap matinee, hari sabtu. Di sekolah tu ada juga pelajar yang agak nakal dan berani menembusi peraturan biasa untuk menikmati kesukaan orang muda di luar kawasan sekolah. Kalau ada yang tertangkap terpakasalah menjalani berbagai hukuman dan sebagai iktibar kepada yang lain. Antara bentuk hukuman adalah mencuci tandas, mencabut rumput duri di padang bola dan ada juga yang dirotan tapak kaki semasa perhimpunan pagi.
“Amat nak main bola” Amat memelok bola besar di dadanya sambil berjalan menuju bilik hotel. “Dalam hotel tak boleh main bola, lagipun dah malam. Esok je lah kita main ok” Nana membalas ringkas.  Saya cepat saja tidor lepas solat jamak maghrib isya’. Jam sebelas dah berdengkor, tak tahu apa aktiviti yang dibuat oleh cucu. Mujurlah bilik tu dua buah dan boleh dibuka tengahnya. Jadi mereka tidak lah mengganggu saya tidor dalam bilik yang ada dua  katil single.
Dulu bisnis ‘time sharing hotel’ agak popular. Satu petang saya ajaklah isteri ke jamuan ringan di Legend Hotel kerana jemputan tu percuma. Saya pun tak tanya mana promoter tu dapat number handpon saya. Memang saya tahu setengah ajen menjual maklumat pelanggannya kepada mana mana pihak yang ingin mengiklan barang dan perkhidmatan. Promoter saleswomen dari keturunan India tu mula  berkempen dengan penoh sopan supaya kami membeli satu unit time sharing yang boleh digunakan hingga tiga puluh tahun dengan bayaran ansuran bulanan yang rendah  sahaja. Nampaknya pujukannya termakan kerana bayaran bulanan tidak mahal dan boleh ditolak dari credit card. Tambahan lagi saya semacam menggalakkan isteri saya membelinya dengan janji saya sanggup membuat bayaran bulanan melalui kredit card. Saya kata ini satu kemudahan kalau nak melancung keluar negeri masa depan. Memang kemudahan ini membolehkan  kita menggunakan hingga seminggu di mana mana hotel dalam rangkaiannya di luar Negara .
 Namun kerana kami tidak kerap melancung keluar negeri, timbul cadangan supaya menjual saja kemudahan tu. Isteri saya menyalahkan saya atas keputusan membeli package tu dulu kerana cepat termakan dengan pujukan. Saya mengakui ini satu kelemahan saya yang mengakibatkan saya selalu terpedaya dengan pujukan salesman, samaada untuk menjadi ahli MLM menjual produk permakanan dan alat kesihatan, amanah saham, hingga kepada jualan gores menang.”Tu lah abah ni cepat sangat percaya cakap orang. Berapa kali dah kena tipu. Tak serek serek” Rungut isteri saya. Saya pun tak tahu kenapa hati saya ni terlampau lembut dan mudah sangat termakan cakap orang.
Sejak hari itu berbagai karenah dan tindakan kurang etika telah  kami lalui. Kami kena beli satu lagi package time sharing yang kononnya akan memudahkan kami menjual yang ini. Lepas tu kami terpaksa membayar lagi berbagai bayaran pendaftaran bila ada lagi  ajen yang mendakwa mereka lebih berwibawa dan boleh menjual dengan cepat.Kami tambah tertekan bila  mendapati pejabat ajen itu telah diseal atau dikunci ketika kami membuat lawatan susulan dan tertampal notis  ‘Ditutup atas perintah mahkamah’. Ada satu ajen yang mendakwa kami perlu upgrade dengan menambah RM12,000 lagi untuk menarik pembeli baru, sama konsepnya dengan buat renovation rumah lama supaya nampak cantek sebelum dijual. Bila dah bayar RM1,000 sementara bakinya boleh dibayar kumudian melalui kredit card atau ansoran, isteri saya dah menyesal dan mendesak supaya membatalkan perjanjian yang telah ditanda tangani itu. Selepas pertengkaran dengan pihak pengurusan, kami diberi jaminan mereka akan memulangkan wang pendahuluan selepas pengarah bermesyuarat kerana agen itu berpusat di Singapura.Rupanya banyak penipuan dari orang yang mengelolakan bisnes ini dan pihak kementerian pula sukar untuk mengawalnya, kerana mereka menggunakan berbagai teknik dan selalu berpindah pejabat untuk mengelakkan tindakan.
Handphone saya berbunyi mengerak tidor untuk solat subuh. Saya membiarkan saja kerana belumpun terlelap dari jam empat tadi lepas solat malam. Memang susah nak bangun subuh. Apa lagi nak pergi Jemaah ke masjid. Bagi orang yang telah lama bersara dari kerja ikut jam, kepada kerja ikut suka macam saya pun payah nak bangun. Bagi yang kerja ikut jam pula lain halnya . Mereka terpaksa berebut jalan untuk sampai tepat sebelum waktu punch card. Saya tahu ada yang bertolak awal dan solat subuh di pejabat. Kata mereka cara ini lebih menjimatkan waktu perjalanan dan kos petrol serta stress terperangkap dalam jem. Apa nak dikatakan lagi. Penomena ini macan tidak dapat dielakkan bagi Negara yang sedang menuju status Negara maju. Negara kita adalah  pengeluar dua  kereta nasional dan pemasang beberapa jenama kereta impot. Kerajaan menggalakkan pembelian kereta nasional proton dan produa yang agak lebih murah berbanding kereta impot. Ini untuk mengekalkan prestasi pengeluar kereta berkenaan.Pengeluaran kereta untuk ekspot terpaksa bersaing dengan kereta lain dari Jepun, Korea, USA dan eropah. Kerajaan juga prihatin dengan kebajikan rakyat dan simpati dengan masaalah pengankutan yang dihadapi. Berbagai usaha dilaksanakan termasuk memperbaiki kemudahan pengangkutan awam. Maka walaupun galakan diberi untuk membeli kereta baru dengan menurunkan kadar interest pinjaman bank untuk kenderaan, kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta, menggunakan LRT dan bas ke pejabat sementara kereta disimpan di rumah dan digunakan untuk membawa keluarga bersiar siar dan balek kampong ketika musim perayaan. Walaupun jalan di KL jem tetapi tidaklah seteruk di Bangkok, Jakarta maupun Manila. Saya tahu di Jakarta, berbagai cara digunakan untuk melarang kereta memasuki kota waktu puncak jika hanya seorang sahaja dalam kereta. Maka ada orang yang mengambil upah hanya manjadi penumpang tambahan untuk membolehkan kereta itu melintasi bandaraya yang sangat macet itu.

Saya sampai ke masjid Khairiah, kampong Cerating agak awal dan selesa menunggu bilal iqamat . saya tahu Nabi sangat memberatkan solat sunat sebelum solat wajib subuh, hingga ada kalanya baginda mengqadha solat sunat itu selepas subuh. Ahli fekah mengatakan ini hanya satu pengecualian  dan mereka berpendapat  tiada solat sunat ba’diah subuh. Imam yang agak berumur itu membaca surah sajdah dan insan dalam solat subuh itu. Saya kagum kerana beliau dapat mengingati dua surah panjang yang selalu menjadi amalan Nabi untuk solat subuh pada hari jumaat. Lepas wirid dan doa beliau wirid lagi agak panjang baru berdoa kali kedua. Saya lihat ramai ahli Jemaah meninggalkan saf beransor ansor mungkin kerana berbagai tugasan masing masing dan akhirnya yang tinggal hanya orang orang lama atau berumur sahaja.Saya tahu ada  sahabat saya yang tidakpun berwirid dan berdoa bersama imam sebab kata mereka, mereka telah  berdoa dengan penuh kefahaman semasa bacaan dalam solat.Katanya imam kita Asshafie pun menggalakkan wirid perlahan setelah ahli Jemaah tahu atau menghafal apa yang nak diwiridkan, supaya tidak mengganggu khusyu’ orang yang masih dalam solat kerana masbuq, atau masuk lambat.
 Bab mengingati ayat quran dan surah panjang ni saya memang lemah. Dari dulu pun selalu terlupa dan  tertukar tukar. Kerana itu saya selalu mengelak dari kedepan menjadi imam. Ada saja alasan yang saya beri bila ditolak ke depan. saya kata perut tak sedaplah, perut beranginlah, selesemalah. Saya tahu imam Syafie pun pernah mengadu kepada gurunya yang bernama waqi’ tentang susah nak menghafal. Jawapan gurunya seperti dalam bait syaernya, supaya meninggalkan maksiat kerana ilmu itu nur, dan nur Allah tidak sampai kepada pemaksiat. Saya ingat imam syafie tu, apalah sangat maksiat yang dibuatnya berbanding dengan saya atau kita kita ni.
Sekarang ini nampaknya  terlalu mudah untuk kita terjebak dengen maksiat. Ada saja godaan nya. Ada maksiat mata, maksiat telinga , maksiat mulut, maksiat perut, maksiat zakar dan faraj, maksiat hati dan macam macam lagi. Sampai  ada orang beri istilah ada dosa basah dan dosa kering. Yang kering tu atas angin saja bukan buat maksiat dengan  anggota badan pun tapi tetap berdosa. Katanya tak lain dari dosa lidah. Banyak gossip, ghibah yang kadang kadang boleh  menjadi fitnah. Dikatakan jika cerita tu tidak disukai walaupun benar jadi ghibah, jika cerita tu  tak  benar jadi fitnah. Patutlah Nabi pernah bersabda yang maksudnya ‘dua punca yang banyak menjerumuskan manusia ke dalam neraka adalah mulut atas dan bawah’. Bila saya amat amati inilah rupanya antara punca bahang neraka yang menular dalam masyarakat dan dunia sekarang ini. Bukankah perang mulut dan media  yang memanaskan dan memporak porandakan ikatan dan perpaduan keluarga, kaum dan bangsa kita. Bukankah penyelewengan mulut bawah yang membawa keruntuhan institusi keluarga, penuruntaraf janinbayi dan bayi tanpa bin kepada sampah buangan najis.
Setelah bertanya nama imam dan sedikit pengenalan saya ajak imam minum dan sarapan pagi. Dia pula sedia menurut ajakan aku. Kami makan nasi lemak saja. Tapi dia minta pinggan kosong kerana nasi yang diberi tu agak banyak. Dia berumur 68 tahun, maseh sihat. Tak payah pakai cermin mata. Beliau telah menjadi imam di masjid tu selama hampir lima  puluh tahun, mempunyai 11 orang anak dan 25 orang cucu. Agaknya antara  cara dia menjaga kesihatannya adalah dengan tidak makan terlalu banyak. Saya pun ikut kurangkan juga nasi lemak lauk kerang dari dalam pinggan kerana ikut imam, sedangkan rasanya saya boleh habiskan dengan mudah saja. Saya  beli bekal untuk dua cucu , anak dan isteri dengan nasi lemak, nasi dagang, roti canai dan telor. Rasanya cukup bekalan hingga tengahari nanti.Makan kat hotel mahal. Order makan dari bilik, sepinggan nasik lemak saja harganya hingga RM20 plus plus. Banyak pengalamannya diceritakan dalam tempoh yang singkat. Dia belajar di pondok Pasir Tumbuh Kelantan dan mengikuti ceramah di masjid Rusila dari Haji Awang setelah pulang ke kampongnya di Cendering Kuala Trengganu. Dia lebih mesra kerana saya juga bercakap loghat Trengganu kerana isteri berasal dari Pulau Ketam atau Duyong Kecek, Kuala Trengganu. Dia dulu kerja MARDI di Kuantan dan mendapat jodoh orang situ. Walaupun gajinya rendah tetapi tetap bersemangat menghantar anaknya yang bernama  Abdul Jalil ke Azhar dan membiayai pelajaran anak anak nya yang lain. Dengan berkat doa dan tawakkal kepada Allah maka usahanya untuk memberi pendidikan kepada anak anaknya tidak tergandala. Bahkan ramai kawannya dari pegawai kerajaan yang bergaji besar merasa heran bagaimana dia dapat membiayai perbelanjaan untuk keluarganya yang besar. Dia kata dia selalu  berdoa dan tawakkal panuh kepada Allah, Dialah yang  membuka jalan dan punca rezki , asalkan kita menggunakan rezki itu untuk kebaikan dan tidak menyalahgunakannya atau  mumbazir. Ada doa doa khas yang dia amalkan. Saya minta nasihat bagaimana hendak mengawal hati dan nafsu yang selalu merasa masih muda sedang usia dan badan sudah tua. Dia terus membaca doa yang panjang sama seperti doa yang dibacanya kali kedua selepas subuh tadi dan saya mengaminkannya. Kerana mustahil untuk saya menghafalnya dia berjanji akan menulis doa yang dibacanya itu  dan akan membari kepada saya nanti. Saya bersyukur kerana dalam cuti cuti pendek ini dapat saya munafaatkan sebaiknya termasuk menulis cerpin ini. Saya belum mendapat feedback dari dua cucu yang leka mandi kolam ditemani oleh Nana, mak saudara mereka .
Penulis : Isemaail Basri 5.10.11 (isemaail@yahoo.com)