Assalamualaikum
Pada tahun 1435h bersamaan 2014m saya telah diberi peluang untuk menunaikan haji . Peluang ini ditawar oleh kedutaan Saudi Arabia . Saya termasuk 66 orang yang ditawarkan peluang ini dari seluruh Malaysia.
Walaupun jadual kunjungan diberitahu singkat iaitu seminggu sahaja dan tempoh kunjungan hanya 12 hari ( 29/9/2014 - 12/10/2014) namun ia adalah satu nikmat yang sangat besar dalam sejarah hidup saya.
Dalam masa yang singkat ini saya dapat menunaikan umrah , menunaikan haji secara kaedah tamattu' dan ziarah masjid nabi dan beberapa tempat bersejarah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mentakdirkan kunjungan ini untuk saya.
Walau pun saya pernah pergi menunaikan haji pada tahun 1988 lalu bersama keluarga ketika berkhidmat dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Isam Malaysia (YAPEIM), namun kunjungan ini saya merasa lebih bermakna lagi. Antara faktur kelebihan kunjungan pada kali ini adalah seperti berikut;
- Saya menunaikannya ketika saya sudah berumur 61 tahun , umur tua yang mana agak sukar untuk mendapat peluang serupa lagi.
- Saya pergi seorang tidak dengan keluarga, maka saya lebih selesa dan bebas menjalankan apa sahaja amalan tanpa bertanggungjawab menjaga keluarga.
- Tumpuan pemikiran dan fokas kepada ibadat memberi peluang kepada saya untuk beriktikaf di masjid dengan lebih lama, sambil membaca alquran, berfikir dan berzikir.
- Saya merasai kesan kepada perubahan sikap, sifat dan perangai tabiat saya kepada yang lebih baik lagi.
- Saya dapat merakam beberapa tazkirah video dan dimuatkan melalui u tube untuk kenangan sendiri dan mungkin ada munafaatnya untuk yang mendengarnya.
- Saya merasa doa saya dimaqbul Allah dengan merasai kesan kebaikan dan kelebihan kesan baik yang terjadi sekembalinya saya ke tanah air .
Saya lebih merasa bantuan dan pertolongan Allah dalam urusan seharian terutama dalam mengurus sebuah badan dakwah, Jamiyah Dakwah Islamiah di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Koperasi Jamiyah Kuala Lumpur Berhad, dan lain lain urusan busines yang sedang dalam perancangan.
Sekali lagi dan sewajarnya saya sentiasa bersyukur atas nikmat yangdikurnia Allah kepada saya. Saya berdoa mudahan nikmat iman dan Islam ini akan saya pegang hingga ke akhir hayat dengan syahadat tauhid di akhir nafas dan menemui Allah dalam keampunan dan keredhaanNya.
isemaail1@gmail.com 30.11.2014.
No comments:
Post a Comment