Thursday, February 23, 2017

MASJID PUSAT KOMUNITI

Assalamualaikum
Seperti yang termaklum bahawa nabi Muhammad SAW telah mendirikan masjid sebagai langkah awal setelah baginda berhijrah ke Madinah. Fungsi masjid dirumuskan sebagai Pusat Komuniti, atau markas pembangunan masyarakat.
Mereka berkumpul untuk mendirikan solat yang wajib secara berjamaah. Ini mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan mereka.
Disini baginda memberi arahan, mengajar dan mendidik umah.
Disini juga baginda bertemu pelawat dari luar dan menyampaikan dakwah.
Maklumat perkembangan anggota masyarakat tentang keperluan dan hal kebajikan di sampaikan di sini untuk tindakan selanjutnya.
Setelah masyarakat dan negara berkembang, banyak fungsi masjid telah dikhususkan kepada beberapa bidang pentadbiran dengan tujuan mencapai kecemerlangan.. Namun jika tidak dihayati kesepaduan matlamat dari bidang bidang tersebut akan membawa risiko kepada sekularisasi. Tambahan pula jika pimpinan setiap bidang itu punya halatuju dan matlamat sendiri yang tidak diselaras oleh pimpinan tertinggi.
Ini lah cabaran kita pada hari ini, iaitu bagaimana mempastikan institusi masjid tetap relevan sebagai pusat komuniti dan pembangunan umah.

isemaail1@gmail.com
23022017/ 26JmAwal 1438

No comments:

Post a Comment